TERMA & SYARAT
BUFET RAMADHAN 2026
Dengan membuat tempahan, pembayaran dan/atau menghadiri Bufet Ramadhan 2026, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat sepenuhnya dengan terma dan syarat berikut:
1. MAKLUMAT AM
Bufet Ramadhan 2026 dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan 2026 mengikut tarikh, masa dan lokasi yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Maklumat berkaitan jadual, lokasi, harga dan menu adalah seperti yang dipaparkan di laman web rasmi dan bahan promosi.
Pihak penganjur berhak membuat perubahan munasabah terhadap mana-mana perkara berkaitan acara tanpa notis awal.
2. TEMPAHAN & PENGESAHAN
Semua tempahan hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi sahaja.
Tempahan hanya dianggap sah selepas bayaran penuh berjaya diterima.
Tiket dalam bentuk QR Kod (PDF) akan dihantar melalui emel sebagai pengesahan tempahan.
Pelanggan bertanggungjawab memastikan maklumat perhubungan yang diberikan adalah tepat dan aktif.
3. BAYARAN
Semua bayaran adalah muktamad dan perlu dibuat melalui kaedah bayaran yang disediakan.
Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan tempahan sekiranya berlaku kegagalan atau pertikaian bayaran.
4. POLISI PEMBATALAN & BAYARAN BALIK (NO REFUND)
Tiada pembatalan, pertukaran tarikh atau bayaran balik dibenarkan selepas tempahan disahkan.
Polisi ini terpakai atas apa jua sebab termasuk tetapi tidak terhad kepada ketidakhadiran, perubahan perancangan peribadi, kecemasan atau salah faham maklumat.
Tiket adalah boleh dipindah milik kepada individu lain dengan memaklumkan pihak penganjur terlebih dahulu.
5. WALK-IN
Walk-in adalah tertakluk kepada kekosongan tempat dan kapasiti dewan.
Pihak penganjur berhak menolak kemasukan walk-in sekiranya kapasiti penuh.
6. KEMASUKAN & PENGESAHAN TIKET
Pelanggan wajib menunjukkan QR Kod Tiket (PDF) semasa proses check-in.
Tiket hanya sah untuk tarikh dan sesi yang dinyatakan.
Tiket yang telah digunakan tidak boleh digunakan semula.
7. WAKTU OPERASI
Waktu operasi bufet adalah mengikut jadual yang ditetapkan setiap hari sepanjang Ramadhan.
Pihak penganjur berhak menutup kaunter kemasukan selepas waktu tertentu bagi memastikan kelancaran operasi.
8. MAKANAN & MINUMAN
Semua makanan disediakan untuk dimakan di dalam kawasan bufet sahaja.
Membawa pulang lebihan makanan adalah tidak dibenarkan.
Pelanggan dinasihatkan untuk mengambil makanan secara berhemah dan mengelakkan pembaziran.
9. KERACUNAN MAKANAN, ALERGI & KESIHATAN
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesan kesihatan termasuk tetapi tidak terhad kepada keracunan makanan, alahan atau ketidakselesaan selepas menikmati hidangan.
Hidangan disediakan secara umum dan mungkin mengandungi bahan yang menyebabkan alahan.
Pelanggan bertanggungjawab memaklumkan sendiri kepada staf sekiranya mempunyai alahan makanan tertentu.
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos rawatan atau perubatan yang timbul.
10. KANAK-KANAK & KESELAMATAN
Kanak-kanak hendaklah sentiasa berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan atau kemalangan akibat kecuaian pengawasan.
11. TINGKAH LAKU PELANGGAN
Pelanggan hendaklah berkelakuan sopan dan mematuhi peraturan premis.
Pihak penganjur berhak menolak kemasukan atau meminta pelanggan meninggalkan premis sekiranya berlaku tingkah laku yang mengganggu, berbahaya atau tidak wajar tanpa sebarang bayaran balik.
12. BARANGAN PERIBADI
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kecurian atau kerosakan barangan peribadi pelanggan.
13. PERUBAHAN MENU
Menu yang dipaparkan adalah untuk tujuan promosi dan tertakluk kepada perubahan berdasarkan ketersediaan bahan tanpa notis awal.
14. KEADAAN LUAR KAWALAN (FORCE MAJEURE)
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas kegagalan atau gangguan acara akibat keadaan luar kawalan termasuk tetapi tidak terhad kepada bencana alam, arahan pihak berkuasa, gangguan bekalan, wabak atau kecemasan.
Dalam situasi tersebut, pihak penganjur berhak membuat penjadualan semula atau penyelesaian alternatif tanpa obligasi bayaran balik.
15. GANGGUAN SISTEM & TEKNIKAL
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang gangguan sistem, kesilapan teknikal, kegagalan emel atau isu pembayaran yang berada di luar kawalan.
16. GAMBAR & RAKAMAN
Dengan menghadiri acara ini, pelanggan bersetuju bahawa pihak penganjur berhak menggunakan gambar atau rakaman video yang diambil sepanjang acara untuk tujuan promosi, dokumentasi dan pemasaran tanpa sebarang tuntutan.
17. PINDAAN TERMA & SYARAT
Pihak penganjur berhak mengubah, meminda atau mengemas kini terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Versi terkini akan dipaparkan di laman web rasmi dan berkuat kuasa serta-merta.
18. PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berkaitan Bufet Ramadhan 2026 hendaklah dikemukakan melalui saluran rasmi yang disediakan di laman web.
PENGESAHAN
Dengan meneruskan tempahan, pelanggan mengesahkan bahawa mereka telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat Bufet Ramadhan 2026 ini.
